Skip to main content

PROBIOTIK & PREBIOTIK

APA ITU PREBIOTIK DAN PROBIOTIK?


Probiotik dan Kesihatan Usus
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi.
Namun, masih ada ibu bapa kurang peka mengenai kepentingan probiotik kepada tumbesaran anak mereka. Tidak kurang ada yang masih keliru mengenai probik dan prebiotik.

Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Azam Mohd Nor berkata, probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi. " Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah dadih (yogurt),minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus".

"Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria baik. Ia boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, bawang putih, bawang besar, asparagus dan bijirin penuh mil, "katanya ketika ditemui pada bengkel Healthy Happy Little Walkers Workshop di Kizsport & Gym, Bangsar Village anjuran Yakult baru-baru ini.

Menurutnya, antara fungsi probiotik ialah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa yang sama menghasilkan vitamin,seperti vitamin B-12. " Segelintir ibu bapa kurang faham mengenai kebaikan probiotik dan prebiotik hingga ada yang masih 'takut' untuk memberi minuman atau makanan yang mempunyai sumber ini. Hakikatnya kajian menunjukkan probiotik sangat baik untuk mengurangkan masalah alahan kerana meningkatkan dan menstabilkan siste imuniti tubuh", ktanya.

Bagi ibu yang menyusukan anak, sebenarnya mereka membekalkan makanan kepada probiotik dengan kandungan prebiotik yang tinggi di dalam susu ibu. Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria probiotik ini.

Probiotik juga berperanan menyokong sistem pertahanan usus dengan mengekalkan kesihatan sel usus. Ia juga melindungi daripada kesan berbahaya oleh organisma berjangkit yang memasuki usus di samping membantu mengurangkan kesan toksin berbahaya dan bahan yang boleh menyebabkan kanser, kemungkinan dihasilkan di dalam usus.Ia juga melindungi daripada kesan berbahaya oleh organisma berjangkit yang memasuki usus di samping membantu mengurangkan kesan toksin berbahaya dan bahan yang boleh menyebabkan kanser, kemungkinan dihasilkan di dalam usus.

Justeru, sumber terbaik untuk kesihatan usus adalah dengan pengambilan sumber probiotik, mikroorganisma hidup dan bermanfaat apabila diambil dalam jumlah yang memadai. Ia membantu dalam perkembangan sistem imun dengan meningkatkan populasi bakteria baik di dalam usus untuk mengelakkan penyakit berbahaya di dalam perut.

Kajian menunjukkan probiotik berkemungkinan mendatangkan manfaat membantu mengelakkan dan merawat cirit-birit atau alahan ketika 1500 hari pertama anak anda. Antara jenis probiotik yang dapat membantu kanak-kanak melawan bakteria yang tidak baik di dalam usus mereka adalah biofidobacteria.


Probiotik membantu memulihkan kesihatan sistem penghadaman dengan:
👉Membantu badan anda menghadamkan makanan dan menyerap nutrien
👉Menguatkan sistem imun badan anda
Melindunginya daripada jangkitan organisma dan penyerang lain
👉Mengurangkan toksin yang membawa mudarat dan bahan penyebab kanser
👉Membantu pertumbuhan sel perut dan memastikan ia terus sihat
👉Menambah bilangan sel darah yang sihat untuk melindungi badan daripada penyakit
👉Membantu mengekalkan imbangan bakteria yang sihat dengan mengekalkan bakteria baik pada tahap tinggi
👉Membantu melawaskan perut
Membantu membaiki toleransi kepada susu
Membantu menguatkan sistem imun
👉Membantu menggantikan bakteria baik selepas mengambil antibiotik
👉Membantu penghadaman

Untuk mendapatkan gum arabic al manna ameer ini,boleh hubungi saya di talian : 
019-9443252
019-9443252
019-9443252
(NUR FARIANA-ejen almanna)
saya membuat cod di sekitar USIM dan NILAI
selebihnya saya akan membuat pengeposan melalui pos laju

#almannaameer
#ejenalmanna

Comments

Popular posts from this blog

AL MANNA SESUAI UNTUK KAUM IBU & BAKAL MENJADI IBU

[ Kebaikan Prebiotik Kepada Ibu Mengandung Dan Menyusu ] Prebiotik merupakan suplemen yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit. Namun, adakah ibu hamil boleh mengamalkannya sepanjang masa??? Berikut penjelasan Dr. Sears, diambil dari parenting.com. Menurut Dr. Sears, ibu hamil dan menyusu memang bagus mengamalkan prebiotik untuk mencegah sebarang penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi. Sebelum ini,prebiotik  banyak digunakan oleh masyarakat Amerika, penggunaan prebiotik telah popular di kalangan masyarakat Eropah.Ia diamalkan sepanjang masa.Sebelum,semasa dan selepas bersalin. Prebiotik mengandung bakteri baik yang tinggal di kolon. Lactobacillus adalah salah satu dari mereka. Produk yang paling popular yang mengandung prebiotik adalah yogurt. Prebiotik bekerja dengan cara mencegah bakteri jahat yang ada di dalam tubuh berkembang. Tidak hanya itu,dengan mengamalkan prebiotik juga berfungsi untuk menambah jumlah bakteri baik dalam tubuh....

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL GUM ARABIC NI ?

Boleh dikatakan hampir semua golongan boleh mengambil al-manna ini sebagai makanan tambahan atau supplemen dalam diet harian mereka. Supplemen semulajadi ini amat sesuai untuk semua peringkat usia. Ia boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit yang sedia ada. Jom lihat golongan mana yang sesuai untuk mengambil gum arabic ini : 1) Bayi ( bayi yang berumur 8bulan) 2) Kanak-kanan (yang berumur 10 tahun ke atas) 3) Dewasa 4) Pesakit kronik ( kanser, sakit buah pinggang dan lain-lain) 4 golongan ini boleh dikatakan gum arabic ini memang sesuai untuk semua golongan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengubah hidup kita dan keluarga kita ke arah yang lebih sihat. Sesungguhnya kesihatan itu tinggi nilainya berbanding dengan wang, dengan pelaburan yang hanya RM30  ini anda mampu memiliki kesihatan yang TERBAIK !!! Selamat membaca dan mengambil manfaat daripada khasiat-khasiat gum arabic, berminat atau nak orde...