Gum Arabic Sebagai Ikhtiar Membantu Kesihatan Yang Lebih Baik
Serbuk Al-Manna Ameer bukan sejenis ubat untuk merawat dan bukan untuk memulihkan penyakit-penyakit tertentu. Cecair getah arab yang dihasilkan dari dahan dan batang pokok akasia senegal (hashab) mempunyai khasiat prebiotik semula jadi yang kaya sehingga 85 peratus. Gam akasia senegal atau gum arabic dari Sudan merupakan tumbuhan paling tinggi jumlah prebiotik dalam bentuk serat larut (fiber). Kegunaannya sebagai ikhtiar dalam membantu kesihatan yang lebih baik telah lama digunakan melalui penyelidikan secara menyeluruh sejak 17 tahun yang lalu.
Pokok Akasia Senegal Atau Hashab Ditoreh Dengan Peralatan Tertentu
Projek penyelidikan berkaitan penggunaan gum arabic telah dibuat penilaian semula di Eropah oleh European Food Safety Authority(EFSA) dan menghasilkan konklusi dalam sebuah jurnal setebal 51 halaman yang diterima pakai pada 1 Mac 2017 bertajuk ‘Re-evaluation of acacia gum (E 414) as a food additive‘. Panel kajian saintifik berkaitan bahan tambahan makanan – Food Additives and Nutrient Sources to Food (ANS) telah membuat kesimpulan bahawa tiada kesan buruk ditemui dari pengambilan getah akasia. Masyarakat dunia juga tidak perlu bimbang tentang keselamatan menggunakan al-manna berikutan penilaian semula yang dibuat ini.
Pendirian yang sama mengenai gum arabic juga telah dilakukan di Amerika oleh Food and Drug Administration (FDA) melalui Jawatankuasa Pilihan – Select Committe GRAS (SCOGS) dengan merumuskan bahawa tiada bukti bahaya pada pengambilan al-manna atau gula mentah akasia sebagaimana yang digunakan masyarakat hari ini. Secara keseluruhannya getah arab merupakan bahan yang diiktiraf umum sebagai selamat.
Kajian terdahulu telah dibuat pada tahun 1982 dan 1990 oleh Jawatankuasa Pakar Bersama (JECFA) melibatkan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia – World Health Organization (WHO) melihat kurangnya kesan sampingan dalam kajian yang diperolehi. Maka tiada peruntukan dalam kadar jumlah pengambilan tertentu ditetapkan – tiada kesan buruk.
Serbuk Al-Manna Ameer (Gum Arabic) Dari Gred Terbaik
Al-Manna Ameer Bukan Sejenis Ubat Untuk Sembuh Penyakit
Secara umumnya gum arabic hampir tidak mempunyai rasa, bau dan warna apabila dihidangkan dalam bentuk penyediaan makanan dan minuman. Penggunaannya sebagai makanan dan minuman membuktikan potensi getah akasia mampu dimanfaatkan untuk kesihatan yang lebih baik berdasarkan kandungan mineral yang tinggi seperti kalsium, magnesium, sodium dan elektrolit lain.
Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer bukan sejenis ubat yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Serbuk Al-Manna Ameer juga bukan ubat tradisional yang dicampur dengan bahan-bahan tertentu. Serbuk Al-Manna Ameer adalah berasal dari getah akasia semula jadi dari ketulan diproses menjadi serbuk tanpa campuran dengan bahan-bahan lain. Khasiat yang terdapat pada gula mentah akasia senegal ini telah mendapat kepercayaan dunia sehingga dimanfaatkan dalam pelbagai aplikasi seperti industri makanan, industri farmaseutikal, industri kosmetik dan industri percetakan.
Pengguna gum arabic yang pernah menikmati getah arab dalam bentuk ketulan kini berpeluang untuk mendapatkan khasiat prebiotik semula jadi dalam bentuk debu Serbuk Al-Manna Ameer. Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap manfaat getah akasia semakin tinggi setelah perdagangan eksport negara pengeluar Afrika Sub-Sahara khususnya Sudan meluaskan lagi jaringan pasaran global gum arabic ke rantau Asia Pasifik seperti Jepun, Indonesia dan Malaysia.
Tiada pengisytiharan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung penggunaan gum arabic sebagai menggantikan ubat hospital untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tetentu. Walaupun terdapat kajian yang pernah dibuat oleh ramai pihak dari dalam dan luar negara, ia masih kekal sebagai sebuah penyelidikan dan perkongsian manfaat kebaikan al-manna. Pengguna yang bijak selalunya memilih dan meneliti fakta kajian.
Gum arabic terus mendapat pengiktirafan sehingga kini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dunia dalam pelbagai sektor perindustrian. Lonjakan penerimaan gum arabic di seluruh negara semakin tinggi setelah mendapat pengiktirafan dari pertubuhan berautoriti di dunia seperti EFSA, FDA, FAO dan WHO.
Re-evaluation of acacia gum (E 414) as a food additive
Al-Manna Ameer Ikhtiar Pengguna Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik
Serbuk Al-Manna Ameer menjadi pilihan pengguna sebagai ikhtiar untuk mendapat manfaat kesihatan yang lebih baik. Gum arabic Al-Manna Ameer adalah serbuk dari gred terbaik getah akasia senegal yang telah diproses menjadi debu halus untuk memudahkan penyediaan pengguna. Larut selama tujuh saat di dalam air tanpa meninggalkan sisa mendapan di bahagian bawah bekas minuman membuktikan keistimewaan produk Al-Mannna Ameer.
Amalan pemakanan gum arabic Al-Manna Ameer sebagaimana amalan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan lain yang diketahui mempunyai khasiat mineral yang tinggi sudah tentu memberi manfaat kepada kesihatan. Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dan ubat-ubatan hospital di samping menjaga cara pemakanan. Cadangan jenis pengambilan hidangan dalam jumlah yang banyak biasanya terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
Acacia Gum is Used in a Variety of Products
Terdapat sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi jumlah prebiotik tertentu yang sangat membantu kelancaran proses penghadaman seperti pisang, bawang dan artikok. Gum arabic turut diperakui seorang Pakar Nutrisi Klinikal – Dr. Josh Axe di dalam portal rasminya ‘DRAXE’ dengan meletakkan gum arabic dalam senarai pertama ‘Sumber Prebiotik Semula Jadi Terbaik’ diikuti sayur-sayuran lain seperti akar cikori, artikok, dandelion, bawang putih, daun bawang, bawang merah, ubi sengkuang, asparagus dan pisang.
Sebahagian besar sayuran-sayuran yang kaya dengan kandungan prebiotik semula jadi ini telah digunakan oleh masyarakat Malaysia khususnya kaum melayu dalam hidangan masakan sejak turun-temurun. Penggunaan resepi masakan berasaskan sayuran prebiotik ini tentunya mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan sebagaimana manfaat prebiotik gum arabic yang tidak ditanam di Malaysia kerana faktor iklim yang tidak sesuai dengan tumbuhan dari Benua Afrika ini. Oleh itu serbuk getah akasia senegal Al-Manna Ameer didatangkan secara eksklusif dari Sudan bagi memenuhi ikhtiar rakyat Malaysia dalam penjagaan kesihatan yang lebih baik
Untuk sebarang pertanyaan atau order Al Manna Ameer, Boleh hubungi :
019-9443252 (ejen almanna-fariana)
saya membuat cod di USIM & sekitar NILAI manakala luar darinya melalui pengeposan.
[ Kebaikan Prebiotik Kepada Ibu Mengandung Dan Menyusu ] Prebiotik merupakan suplemen yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit. Namun, adakah ibu hamil boleh mengamalkannya sepanjang masa??? Berikut penjelasan Dr. Sears, diambil dari parenting.com. Menurut Dr. Sears, ibu hamil dan menyusu memang bagus mengamalkan prebiotik untuk mencegah sebarang penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi. Sebelum ini,prebiotik banyak digunakan oleh masyarakat Amerika, penggunaan prebiotik telah popular di kalangan masyarakat Eropah.Ia diamalkan sepanjang masa.Sebelum,semasa dan selepas bersalin. Prebiotik mengandung bakteri baik yang tinggal di kolon. Lactobacillus adalah salah satu dari mereka. Produk yang paling popular yang mengandung prebiotik adalah yogurt. Prebiotik bekerja dengan cara mencegah bakteri jahat yang ada di dalam tubuh berkembang. Tidak hanya itu,dengan mengamalkan prebiotik juga berfungsi untuk menambah jumlah bakteri baik dalam tubuh....
APA ITU PREBIOTIK DAN PROBIOTIK? Probiotik dan Kesihatan Usus Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi. Namun, masih ada ibu bapa kurang peka mengenai kepentingan probiotik kepada tumbesaran anak mereka. Tidak kurang ada yang masih keliru mengenai probik dan prebiotik. Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Azam Mohd Nor berkata, probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi. " Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah dadih (yogurt),minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus". "Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria baik. Ia boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, bawang putih, bawang besar, asparagus dan bijirin penuh mil, "katan...
Boleh dikatakan hampir semua golongan boleh mengambil al-manna ini sebagai makanan tambahan atau supplemen dalam diet harian mereka. Supplemen semulajadi ini amat sesuai untuk semua peringkat usia. Ia boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit yang sedia ada. Jom lihat golongan mana yang sesuai untuk mengambil gum arabic ini : 1) Bayi ( bayi yang berumur 8bulan) 2) Kanak-kanan (yang berumur 10 tahun ke atas) 3) Dewasa 4) Pesakit kronik ( kanser, sakit buah pinggang dan lain-lain) 4 golongan ini boleh dikatakan gum arabic ini memang sesuai untuk semua golongan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengubah hidup kita dan keluarga kita ke arah yang lebih sihat. Sesungguhnya kesihatan itu tinggi nilainya berbanding dengan wang, dengan pelaburan yang hanya RM30 ini anda mampu memiliki kesihatan yang TERBAIK !!! Selamat membaca dan mengambil manfaat daripada khasiat-khasiat gum arabic, berminat atau nak orde...
Comments
Post a Comment