GUM ARABIC BOLEH DIMAKAN
Gum Arabic Al-Manna Ameer Getah Akasia Semula Jadi
Kualiti sesuatu makanan sangat berkait dengan cara penyediaan. Bagi makanan yang boleh dinikmati secara semula jadi tanpa menggunakan proses tertentu yang boleh mengakibatkan kehilangan nutrien penting antaranya adalah makanan yang datang dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Terdapat banyak sayur dan buah yang boleh dimakan secara asli atau mentah, bahkan khasiatnya lebih tinggi berbanding dimasak atau menggunakan suhu panas yang akan mengurangkan zat-zat makanan tersebut. Hal yang sama juga digunakan dalam penyediaan gum arabic Al-Manna Ameer secara 100 peratus asli dan halal. Perubahan hanya pada katulan diproses menjadi serbuk.
Al-Manna Ameer mengekalkan keaslian penyediaan getah arab atau gum arabic yang diperolehi dari pokok akasia dari ladang di kawasan Kordofan, Sudan. Cecair getah yang meleleh keluar seperti mata air dari dahan dan batang pokok akasia yang terbaik iaitu akasia jenis senegal – acacia senegal yang akhirnya getah tersebut mengeras menjadi ketulan berbentuk kristal. Gum arabic ini masih asli hanya melalui proses kisaran atau pemecahan dari bentuk asal (ketulan) ke bentuk serbuk halus yang mudah digunakan tanpa menggunakan masa yang lama untuk melarutkannya di dalam air. Ianya sangat berkhasiat, tinggi sumber prebiotik dan halal dimakan sebagaimana sayur dan buah.
Secara semula jadi, getah arab atau gula mentah dari pokok akasia ini dipercayai terhasil dari tindak balas cuaca panas (kemarau) di kawasan gurun atau padang pasir di mana pokok ini ditanam atau hidup di tempat tertentu seperti di Afrika Sub-Sahara. Getah arab yang keluar secara asli pada musim kemarau tanpa melalui torehan atau potongan kecil pada bahagian pokok akasia mempunyai khasiat yang paling tinggi. Namun, manfaat yang terdapat pada tanaman akasia telah dijadikan sebagai sumber komersial negara pengeluardengan menoreh pokok untuk mendapatkan gum arabic melalui kaedah dan peralatan yang paling selamat dan berkualiti seperti di Sudan.

Serbuk Al-Manna Ameer Tidak Melalui Proses Penggunaan Kimia Dan Pengawet
Apabila serbuk gum arabic Al-Manna Ameer diimport secara eksklusif dari Sudan, tentunya getah akasia yang dibawa secara semula jadi ini bebas dari penggunaan bahan kimia dan pengawet sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Ameer Al Manna, bahawa gula mentah ini 100 peratus asli dan halal. Tiada keperluan bagi getah arab yang hanya diproses menjadi serbuk untuk sekali lagi melalui proses penggunaan bahan kimia dan pengawet sedangkan hasil yang diinginkan adalah kesan dan khasiat yang sama sebagaimana dalam bentuk asalnya (ketulan).
Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer lebih meraikan permintaan ramai apabila kandungannya adalah sepenuhnya dari pokok akasia senegal (gred terbaik). Sesetengah produk melalui proses percampuran atau penambahan dengan akasia dari jenis lain seperti akasia seyal, kebanyakan pengguna dan penjual meletakkannya dalam kategori kedua atau gred B dan ini juga turut diakui oleh pihak pembekal.
Terdapat juga produk minuman kesihatan campuran gum arabic dengan bahan dan perisa tertentu untuk turut sama memeriahkan penggunaan getah akasia dalam produk yang mempunyai potensi untuk laris di pasaran. Kesan dan harga tentu berbeza dengan serbuk gula mentah Al-Manna Ameer yang tidak melalui proses campuran dan kandungannya pula tidak berkongsi dengan bahan lain atau akasia jenis lain. Kandungan semula jadi serbuk Al-Manna Ameer sepenuhnya dari akasia senegal. Hampir tiada rasa, warna dan bau kerana kandungannya adalah getah arab semula jadi yang diproses menjadi serbuk.
Bungkusan Semula Gam Arab Al-Manna Ameer
Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer melalui proses bungkusan semula di Malaysia untuk dipasarkan. Kandungannya pula tidak melalui sebarang perubahan sebagaimana diimport dari Sudan dan kekal semula jadi dari ketulan menjadi serbuk halus untuk kemudahan pengguna. Pembungkus berwarna putih dengan tulisan berwarna jingga dan sebahagiannya berwarna hitam dilengkapi dengan penerangan bermula dari nama produk, khasiat dan aturan makan.
Setakat artikel ini ditulis, pembungkus serbuk Al-Manna Ameer adalah antara yang terawal boleh ditemui di lokasi terpilih. Ada di kalangan stokis dan pengedar menempatkan serbuk getah arab Al-Manna Ameer ini di pasar raya, kedai runcit, farmasi dan tidak kurang juga yang membuka meja atau booth di karnival, program keramaian, pusat rekreasi dan pasar minggu.
Bungkusan semula gum arabic melalui jenama Ameer atau lebih dikenali sebagai Al-Manna Ameer dianggap mampu memberikan pendedahan kepada masyarakat yang baru ingin mengenali dunia getah pokok akasia senegal. Cara hidangan dan panduan penggunaan turut disediakan di bahagian belakang bungkusan serbuk Al-Manna Ameer. Selain itu, pengguna yang baru pertama kali mendapatkan gum arabic Al-Manna Ameer juga dibekalkan dengan flyer berkaitan al-manna seperti keterangan produk, panduan penggunaan dan manfaat terhadap kesihatan.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi saya (FARIANA-EJEN ALMANNA) :
019-9443252
019-9443252
019-9443252
Saya membuat COD di kawasan sekitar USIM & NILAI, manakal selain dari itu, saya membuat pengeposan melalui POS LAJU
#almannaameer
#ejenalmanna
Comments
Post a Comment