Skip to main content

SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA

Galak Pertumbuhan Bakteria Baik


Kebanyakan orang akan berfikir negatif apabila menyebut mengenai bakteria. Namun, bukan semua bakteria menyebabkan penyakit! Tahukah anda dalam usus anda terdapat banyak bakteria ‘berfaedah’? Pada satu-satu masa, sistem penghadaman anda menjadi perumah kepada 100 trilion mikrob. Keseluruhannya dikenali sebagai mikrobiota usus.
Baik lawan Jahat
Mujurnya kebanyakan bakteria mikrobiota usus anda adalah bakteria berfaedah. Bakteria baik bukan saja membantu menghasilkan nutrien seperti vitamin, ia juga membantu tubuh anda menghadam makanan yang dimakan.
Mereka melakukannya dengan menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman anda menghadam karbohidrat, justeru ia membolehkan tubuh menyerap nutrien daripada makanan dengan senang. Selain itu, bakteria baik juga menyumbang kepada perkembangan sistem imun yang sempurna.
Bakteria baik mengawal pertumbuhan bakteria tidak baik dengan bersaing mendapatkan pemakanan dan melekap pada kawasan di dalam usus. Ini melindungi kita daripada patogen berbahaya yang menyebabkan penyakit. Malangnya, bakteria tidak baik juga sebahagian daripada mikrobiota usus anda. Bakteria ini mungkin menjejaskan sistem imun atau mengganggu penyerapan nutrien, dan dikaitkan dengan beberapa kecelaruan dan penyakit penghadaman seperti penyakit radang usus.
Memelihara mikrobiota usus
Memandangkan 70 peratus daripada sistem imun anda dipengaruhi oleh sistem penghadaman, penting untuk memastikan keseimbangan mikrobiota usus tidak terganggu. Sekiranya imbangan ini terjejas, keupayaan tubuh untuk melindungi anda daripada pelbagai penyakit juga akan terjejas.
Malah, semakin banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan bakteria usus dan penyakit tidak berjangkit seperti berlebihan berat badan atau obesiti, diabetes, sindrom iritasi usus, penyakit radang usus dan permulaan kanser kolorektum.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan mikrobiota usus anda dijaga dengan baik? Ada tiga unsur utama yang anda perlu ambil perhatian iaitu:
  1. Prebiotik atau ‘makanan’ untuk bakteria baik
Sesetengah serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Contoh prebiotik ialah inulin dan oligofruktosa.
Beberapa contoh makanan yang mengandungi prebiotik ialah bawang putih, bawang, asparagus dan akar chicory (untuk mendapatkan inulin dan oligofruktosa). Anda juga boleh membaca label makanan untuk mengetahui sama ada makanan berkenaan mengandungi prebiotik. Sesetengah makanan juga membuat akuan fungsi prebiotik pada label makanan.
  1. Probiotik atau bakteria baik
Pastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan probiotik seperti produk tenusu yang melalui proses fermentasi (contohnya yogurt, minuman susu berkultur, kefir) dan produk kacang soya yang melalui proses fermentasi (contohnya tempe, miso dan natto).
  1. Tip untuk mengekalkan kesihatan penghadaman yang baik
Walaupun prebiotik dan probiotik memainkan peranan penting, ada perkara lain yang anda harus lakukan untuk mengekalkan kesihatan sistem penghadaman termasuklah:
• Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari demi memastikan pengambilan cecair secukupnya
• Masukkan makanan yang kaya dengan serat dalam diet harian anda
• Hadkan pengambilan lemak, gula dan garam
• Cari cara untuk mengurangkan tekanan kerana tekanan memberi kesan negatif terhadap mikrobiota usus anda. Senaman pula cara yang baik untuk mengurangkan tekanan sambil anda melakukan aktiviti fizikal.
• Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari termasuk aktiviti di dalam dan luar rumah seperti berjalan pantas, berenang atau berbasikal.
• Jika anda merokok, berhenti merokok akan meningkatkan mikrobiota anda


Untuk sebarang pertanyaan atau order, anda boleh hubungi saya :
019-9443252
019-9443252
019-9443252
#almannaameer
#ejenalmanna

Comments

Popular posts from this blog

AL MANNA SESUAI UNTUK KAUM IBU & BAKAL MENJADI IBU

[ Kebaikan Prebiotik Kepada Ibu Mengandung Dan Menyusu ] Prebiotik merupakan suplemen yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit. Namun, adakah ibu hamil boleh mengamalkannya sepanjang masa??? Berikut penjelasan Dr. Sears, diambil dari parenting.com. Menurut Dr. Sears, ibu hamil dan menyusu memang bagus mengamalkan prebiotik untuk mencegah sebarang penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi. Sebelum ini,prebiotik  banyak digunakan oleh masyarakat Amerika, penggunaan prebiotik telah popular di kalangan masyarakat Eropah.Ia diamalkan sepanjang masa.Sebelum,semasa dan selepas bersalin. Prebiotik mengandung bakteri baik yang tinggal di kolon. Lactobacillus adalah salah satu dari mereka. Produk yang paling popular yang mengandung prebiotik adalah yogurt. Prebiotik bekerja dengan cara mencegah bakteri jahat yang ada di dalam tubuh berkembang. Tidak hanya itu,dengan mengamalkan prebiotik juga berfungsi untuk menambah jumlah bakteri baik dalam tubuh....

PROBIOTIK & PREBIOTIK

APA ITU PREBIOTIK DAN PROBIOTIK? Probiotik dan Kesihatan Usus Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi. Namun, masih ada ibu bapa kurang peka mengenai kepentingan probiotik kepada tumbesaran anak mereka. Tidak kurang ada yang masih keliru mengenai probik dan prebiotik. Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Azam Mohd Nor berkata, probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi. " Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah dadih (yogurt),minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus". "Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria baik. Ia boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, bawang putih, bawang besar, asparagus dan bijirin penuh mil, "katan...

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL GUM ARABIC NI ?

Boleh dikatakan hampir semua golongan boleh mengambil al-manna ini sebagai makanan tambahan atau supplemen dalam diet harian mereka. Supplemen semulajadi ini amat sesuai untuk semua peringkat usia. Ia boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit yang sedia ada. Jom lihat golongan mana yang sesuai untuk mengambil gum arabic ini : 1) Bayi ( bayi yang berumur 8bulan) 2) Kanak-kanan (yang berumur 10 tahun ke atas) 3) Dewasa 4) Pesakit kronik ( kanser, sakit buah pinggang dan lain-lain) 4 golongan ini boleh dikatakan gum arabic ini memang sesuai untuk semua golongan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengubah hidup kita dan keluarga kita ke arah yang lebih sihat. Sesungguhnya kesihatan itu tinggi nilainya berbanding dengan wang, dengan pelaburan yang hanya RM30  ini anda mampu memiliki kesihatan yang TERBAIK !!! Selamat membaca dan mengambil manfaat daripada khasiat-khasiat gum arabic, berminat atau nak orde...