Galak Pertumbuhan Bakteria Baik Kebanyakan orang akan berfikir negatif apabila menyebut mengenai bakteria. Namun, bukan semua bakteria menyebabkan penyakit! Tahukah anda dalam usus anda terdapat banyak bakteria ‘berfaedah’? Pada satu-satu masa, sistem penghadaman anda menjadi perumah kepada 100 trilion mikrob. Keseluruhannya dikenali sebagai mikrobiota usus. Baik lawan Jahat Mujurnya kebanyakan bakteria mikrobiota usus anda adalah bakteria berfaedah. Bakteria baik bukan saja membantu menghasilkan nutrien seperti vitamin, ia juga membantu tubuh anda menghadam makanan yang dimakan. Mereka melakukannya dengan menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman anda menghadam karbohidrat, justeru ia membolehkan tubuh menyerap nutrien daripada makanan dengan senang. Selain itu, bakteria baik juga menyumbang kepada perkembangan sistem imun yang sempurna. Bakteria baik mengawal pertumbuhan bakteria tidak baik dengan bersaing mendapatkan pemakanan dan melekap pada kawasan di dala...
[ Kebaikan Prebiotik Kepada Ibu Mengandung Dan Menyusu ] Prebiotik merupakan suplemen yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit. Namun, adakah ibu hamil boleh mengamalkannya sepanjang masa??? Berikut penjelasan Dr. Sears, diambil dari parenting.com. Menurut Dr. Sears, ibu hamil dan menyusu memang bagus mengamalkan prebiotik untuk mencegah sebarang penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi. Sebelum ini,prebiotik banyak digunakan oleh masyarakat Amerika, penggunaan prebiotik telah popular di kalangan masyarakat Eropah.Ia diamalkan sepanjang masa.Sebelum,semasa dan selepas bersalin. Prebiotik mengandung bakteri baik yang tinggal di kolon. Lactobacillus adalah salah satu dari mereka. Produk yang paling popular yang mengandung prebiotik adalah yogurt. Prebiotik bekerja dengan cara mencegah bakteri jahat yang ada di dalam tubuh berkembang. Tidak hanya itu,dengan mengamalkan prebiotik juga berfungsi untuk menambah jumlah bakteri baik dalam tubuh....